Awareness - AI dalam Media Sosial
23 November 2025 | Aktiviti Terkini22 November 2025 – Seramai 6 orang peserta yang telah menghadirkan diri bagi sesi Webinar Kesedaran iaitu AI dalam Media Sosial khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di NADI Linggi pada 22 November (Sabtu) jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.
Webinar kesedaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara penggunaan internet dengan selamat, bertanggungjawab dan beretika.
Peserta akan mempelajari ancaman yang sering berlaku dalam dunia digital seperti penipuan dalam talian (scam), buli siber, kebocoran maklumat peribadi, taktik manipulasi data dan pelbagai lagi ancaman.
Selain itu, peserta dibimbing bagi memahami langkah perlindungan dengan mudah dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian seperti penggunaan kata laluan yang selamat, kawalan privasi serta cara mengenal pasti kandungan berbahaya atau palsu.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: